SISTEM E-RAKYAT DIPERKENAL BAGI URUS MAKLUMAT, BANTUAN KEPADA RAKYAT

Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan Sistem e-Rakyat yang merupakan satu pusat sehenti bagi mengurus maklumat dan bantuan kepada rakyat secara lebih tersusun dan bersepadu.

Menurut YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, sistem ini dapat membina, mengumpul, dan menyelaraskan data bantuan antara jabatan dan agensi di negeri ini.

“Selari dengan hala tuju pentadbiran negeri yang menekankan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan Sistem e-Rakyat sebagai satu pusat sehenti atau one stop center bagi mengurus maklumat dan bantuan rakyat secara lebih tersusun dan bersepadu.

“Sistem ini membolehkan Kerajaan Negeri membina, mengumpul dan menyelaraskan data bantuan antara jabatan dan agensi, serta mengelakkan pertindihan penerima dan pembaziran peruntukan.

“Matlamatnya jelas, bantuan mesti sampai kepada mereka yang benar-benar layak, tepat pada masanya dan berasaskan keperluan sebenar rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang Bersama-sama YAB Menteri Besar Pahang di Dewan Kompleks Bandaraya Kuantan.

Menurut beliau, sistem yang akan dilasanakan secara berfasa ini juga dapat membantu Kerajaan Negeri melakukan perancangan bajet dengan lebih tepat, realistik dan mampan.

“…sekali gus memperkukuh kesejahteraan rakyat dan keupayaan pentadbiran Kerajaan Negeri. Antara agensi utama penyelarasan maklumat penerima bantuan buat masa ini ialah Yayasan Pahang dan MUIP. Seterusnya dalam perancangan bersama JKM, ICU (JPM), LPHP dan lain-lain.

“Fasa pertama melibatkan pendaftaran Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah serta semakan penerima bantuan sedia ada, khususnya di bawah Inisiatif Makmur Pahang.

“Fasa kedua pula akan melibatkan permohonan bantuan secara dalam talian bermula April 2026, dan akan diperluaskan kepada bantuan Kerajaan Negeri serta bantuan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata sistem ini merupakan komitmen Kerajaan Negeri di mana ia bukan sekadar memberi bantuan tetapi memastikan bantuan berkenaan adil, tersusun, telus, dan benar-benar berkesan. -PAHANGMEDIA

qrcode

Majlis Daerah Rompin,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.

Talian Am : +609 414 6677 / +609 414 6688

Talian Faks : +609 414 6077

Emel : mdrompin@mdrompin.gov.my

Waktu Operasi : 8.30 pagi - 5.30 petang

Kemaskini Terkini :

  •  Selasa 03 Februari 2026 

Jumlah Pelawat :

001385593

Penafian : Majlis Daerah Rompin (MDR) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Majlis Daerah Rompin

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi