
Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :
- Warna Biru - Untuk kertas
- Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik
- Warna Coklat - Untuk kaca
Objektif utama penubuhan PBT adalah untuk menyediakan perkhidmatan serta kemudahan –kemudahan awam kepada semua penduduk di dalam kawasan pentadbirannya bagi meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan penduduk dan bukannya bertujuan untuk membuat keuntungan.
Pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan adalah berasaskan tiga sumber iaitu hasil cukai ,hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Caj yang dikenakan ke atas sewaan harta seperti dewan, gelanggang dan sebagainya adalah termasuk dalam kategori hasil bukan cukai. Kenaan sewaan harta ini bukan untuk mendapatkan keuntungan, sebaliknya kos yang dikenakan bagi sewaan adalah sangat minimum. Caj yang minimum ini dikenakan untuk memastikan bangunan-bangunan kerajaan dapat di selenggara dan dijaga dengan baik. Setiap hasil yang dikutip oleh PBT seterusnya akan dikembalikan kepada rakyat dengan memberikan perkhidmatan seperti penyelenggaraan jalan dan bangunan, kutipan sampah, pembersihan longkang, pemotongan rumput dan sebagainya.
Bagi pelanggan yang berminat untuk membuat permohonan Lesen Premis Perniagaan Dan Iklan daripada Majlis Daerah Rompin, anda hendaklah:
1. Mendapatkan Borang Komposit Bagi Permohonan Lesen Premis Perniagaan Dan Iklan dengan bayaran proses sebanyak RM10.00.
2. Mengemukakan semula borang kepada Majlis Daerah Rompin beserta dokumen-dokumen seperti berikut:
a) Satu salinan kad pengenalan pemohon
b) Dua keping gambar berukuran passport pemohon
c) Salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat (SSM)
d) Pelan lokasi perniagaan
e) Pelan bangunan premis perniagaan
f) Surat kelulusan Pelan Bangunan Tempat Perniagaan (Jika ada)
g) Salinan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CCC) (Jika ada)
h) Gambar hadapan dan dalam bangunan premis perniagaan
i) Salinan hakmilik/perjanjian sewaan bangunan premis perniagaan
j) Salinan resit alat pemadam api
k) Salinan cukai harta/cukai pintu pemohon (Sekiranya pemohon mempunyai harta di Negeri Pahang
l) Salinan bil cukai tanah terkini (Sekiranya pemohon mempunyai tanah di Negeri Pahang)
m) Lakaran visual papan iklan yang telah mendapat kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Bagi perniagaan premis makanan:
n) Salinan Kad Pengendali Makanan daripada Majlis Daerah Rompin
o) Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan
Cukai taksiran atau cukai pintu adalah satu cukai yang perlu dibayar oleh semua pemilik harta yang tidak dikecualikan dalam kawasan yang telah diwartakan dalam Pihak Berkuasa Tempatan dan cukai ini dijelaskan dalam dua ansuran pada setiap tahun.
Kegagalan membayar cukai taksiran akan menyebabkan anda :
- Notis akan dikeluarkan (Notis E)
- Premis akan disita
- Harta alih akan dirampas dan disita
- Perintah penahanan oleh mahkamah
Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
- Majlis/Dewan Bandar Raya
- Majlis Perbandaran
- Majlis Daerah
- Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 1,000,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
- Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.
- Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.
Kelulusan akan diberi serta merta setelah segala syarat syarat dipenuhi.
Bayaran perlulah dibuat sekurang kurangnya 2 minggu sebelum acara.
Ya, kain rentang pada bangunan persendirian untuk tujuan perniagaan perlulah mendapatkan permit atau kelulusan dari MDR dan akan dikenakan bayaran.
Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti :
- Bangunan Kediaman
- Bangunan Perniagaan seperti Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang.
- Bangunan Perindustrian seperti Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang.
- Tanah Kosong seperti Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Rompin)