Info Rompin

Image

Latar Belakang Rompin

Kuala Rompin asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh sepanjang pantai daerah Rompin. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokok ru itu ramping di bahagian tengahnya.

Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat itu dikenali dengan nama Ru Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkannya kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin tetapi dieja Rompin.

Cerita kedua berkisar kepada seorang lelaki misteri yang datang ke tapak bandar Kuala Rompin dan tinggal di bawah pokok ru itu. Lelaki itu tidak dikenali, tidak banyak bercakap dan tidak diketahui asal-usulnya. Pada mulanya dia berdagang, kemudian mengambil keputusan untuk tinggal di situ. Dia mendirikan sebuah pondok kecil di bawah pokok ru yang besar dan tinggi itu. Penduduk tempatan memanggilnya Riffin. Pada sesetengah orang yang berkunjung menganggap Riffin sebagai keramat. Penduduk tempatan memanggil kawasan pondok Riffin itu sebagai Ruffin. Kesan pengaruh dialek tempatan, sebutan Ruffin bertukar menjadi Rumpin. Rumpin dieja sebagai Rompin.

Bandar yang kemudiannya terbangun di kuala Sungai Rompin ini diberikan namanya Kuala Rompin. Bandar Kuala Rompin yang asalnya adalah kampung Kuala Rompin dipercayai dibuka oleh Datuk Pahlawan Ahmad pada tahun 1888. Beliau adalah seorang yang amat berjasa kepada Sultan Pahang ketika itu. Oleh kerana jasa-jasa beliau, Sultan menganugerahkan Datuk Pahlawan Ahmad untuk menjaga dan membangunkan Kuala Rompin pada masa itu.

Panduan Ke Rompin

Laluan jalan darat untuk datang ke Daerah Rompin

  • Kuala Lumpur – Kuantan – Rompin
  • Kuala Lumpur – Muadzam – Rompin
  • Johor Bharu – Mersing – Rompin
  • Johor Bharu – Segamat – Muadzam – Rompin

Majlis Daerah Rompin,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.

Talian Am : +609 414 6677 / +609 414 6688

Talian Faks : +609 414 6077

Emel : mdrompin@mdrompin.gov.my

Waktu Operasi : 8.30 pagi - 5.30 petang

Kemaskini Terkini :

  •  Isnin 11 November 2024 

Jumlah Pelawat :

001354066

Penafian : Majlis Daerah Rompin (MDR) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Majlis Daerah Rompinr

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

Dasar Privasi