PEMAKLUMAN: PENUTUPAN SEMENTARA JALAN SECARA BERPERINGKAT BAGI KERJA-KERJA MEMBARUMUKA JALAN
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan sementara jalan secara berperingkat akan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membarumuka permukaan jalan di Kuala Rompin.
Berikut adalah butiran pelaksanaan kerja tersebut:
- Lokasi Terlibat: Jalan Kolam Air, Jalan Kampung Kolam 2, dan Jalan Kg Aman (RBR), Kuala Rompin.
- Tarikh: 10 November 2026 (Selasa) hingga 19 November 2026 (Khamis)
- Masa: 10.00 Pagi sehingga 06.00 Petang
Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan, memandu dengan berhati-hati, dan SILA PATUHI PAPAN TANDA LALU LINTAS yang telah disediakan di lokasi terbabit.
Sebarang cadangan dan pandangan boleh diusulkan kepada Ibu Pejabat Majlis Daerah Rompin di talian 09-4146677 / 88.
#Kesulitan Hari Ini Untuk Keselesaan Akan Datang
