KUANTAN, 07 OKTOBER 2025 : Kerajaan Negeri Pahang sekali lagi menerima pengiktirafan daripada Ketua Audit Negara apabila Penyata Kewangan Tahun 2024 diberi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion).  Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, pengiktirafan ini membuktikan tahap kecekapan tadbir urus serta pengurusan kewangan Kerajaan Negeri sejajar dengan semangat Aspirasi Pahang 1st.  “Kejayaan yang sama diterima pada tahun 2023, membuktikan kecekapan tadbir urus serta pengurusan kewangan Kerajaan Negeri yang berteraskan akauntabiliti, ketelusan dan integriti, sejajar dengan semangat Aspirasi Pahang 1st.  “Pencapaian ini menjadi pengiktirafan terhadap komitmen berterusan pentadbiran Kerajaan Negeri dalam membina Pahang yang makmur, berdaya saing dan berintegriti,” katanya.  Tambah beliau, Kerajaan Negeri akan meneruskan pengukuhan disiplin fiskal, kecekapan pengurusan kewangan, dan memanfaatkan hasil negeri demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.  “Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh disiplin fiskal, meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta memastikan hasil negeri dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat,” ujarnya. -PAHANGMEDIA

PAHANG KEKAL CEMERLANG DALAM LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA, BUKTI TAHAP KECEKAPAN TADBIR URUS KERAJAAN NEGERI

PAHANG KEKAL CEMERLANG DALAM LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA, BUKTI TAHAP KECEKAPAN TADBIR URUS KERAJAAN NEGERI

KUANTAN, 07 OKTOBER 2025 : Kerajaan Negeri Pahang sekali lagi menerima pengiktirafan daripada Ketua Audit Negara apabila Penyata Kewangan Tahun 2024 diberi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion).

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, pengiktirafan ini membuktikan tahap kecekapan tadbir urus serta pengurusan kewangan Kerajaan Negeri sejajar dengan semangat Aspirasi Pahang 1st.

“Kejayaan yang sama diterima pada tahun 2023, membuktikan kecekapan tadbir urus serta pengurusan kewangan Kerajaan Negeri yang berteraskan akauntabiliti, ketelusan dan integriti, sejajar dengan semangat Aspirasi Pahang 1st.

“Pencapaian ini menjadi pengiktirafan terhadap komitmen berterusan pentadbiran Kerajaan Negeri dalam membina Pahang yang makmur, berdaya saing dan berintegriti,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri akan meneruskan pengukuhan disiplin fiskal, kecekapan pengurusan kewangan, dan memanfaatkan hasil negeri demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh disiplin fiskal, meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta memastikan hasil negeri dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat,” ujarnya. -PAHANGMEDIA

qrcode

Majlis Daerah Rompin,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.

Talian Am : +609 414 6677 / +609 414 6688

Talian Faks : +609 414 6077

Emel : mdrompin@mdrompin.gov.my

Waktu Operasi : 8.30 pagi - 5.30 petang

Kemaskini Terkini :

  •  Rabu 08 Oktober 2025 

Jumlah Pelawat :

001377090

Penafian : Majlis Daerah Rompin (MDR) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Majlis Daerah Rompinr

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi