Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Kali Ke-69 bakal berlangsung pada 3 hingga 5 Februari 2026 Masihi, bersamaan 15 hingga 17 Syaaban 1447 Hijrah bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Ayuh bersama-sama kita mengimarahkan majlis penuh barakah ini dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.


