ROMPIN, [24.10.2026] – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan berangkat mencemar duli ke Sambutan Jubli Emas Daerah Rompin yang berlangsung dengan penuh istiadat di Pantai Hiburan, Rompin.
Keberangkatan Baginda berdua adalah sempena Memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Seluruh warga Majlis Daerah Rompin serta kepimpinan Daerah Rompin mengiringi keberangkatan Paduka Baginda Berdua dan merakamkan setinggi-tinggi junjung kasih di atas limpah kurnia serta perkenan Baginda Berdua menyemarakkan acara bersejarah ini.
Seluruh warga Daerah Rompin mendoakan agar Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Berdua sentiasa dilimpahi rahmat, hidayah, kesihatan yang berpanjangan, serta kekal bersemayam di atas takhta kerajaan dengan penuh keagungan.
Daulat Tuanku.
