HEBAHAN: GANGGUAN SEMENTARA TALIAN TELEFON MAJLIS DAERAH ROMPIN
Pelanggan yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Rompin (MDR) sedang mengalami masalah gangguan talian telefon pada masa ini. Gangguan sementara ini berlaku atas sebab-sebab kerja teknikal dan penyelenggaraan.
Susulan itu, sebarang panggilan masuk ke talian utama pejabat kami mungkin tidak dapat disambungkan buat sementara waktu sehingga kerja-kerja penyelenggaraan ini selesai sepenuhnya.
Pihak kami amat menghargai kesabaran anda dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada gangguan ini.
Sekian, terima kasih.
"Keselesaan Bersama" Pengurusan Majlis Daerah Rompin
