Elak sebarang tindakan sentuh sensitiviti kaum dan agama

Elak sebarang tindakan sentuh sensitiviti kaum dan agama

KUANTAN, 25 FEBRUARI 2026 : Menteri Besar Pahang memandang serius isu melibatkan tindakan seorang mahasiswa di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang dikaitkan dengan perbuatan menghina kemuliaan Nabi Muhammad SAW serta kesucian Al-Quran.

YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perbuatan seperti ini bukan sahaja amat mendukacitakan, malah lebih sensitif apabila ia berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia.

“Sebarang tindakan atau kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama tidak boleh dipandang ringan kerana ia berpotensi mencetuskan ketegangan, menjejaskan keharmonian serta merosakkan asas perpaduan yang telah lama dibina dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. 

“Sehubungan itu, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta pihak UMPSA untuk menjalankan siasatan dan menguruskan kes ini secara menyeluruh, telus dan berlandaskan undang-undang serta peraturan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Beliau juga menasihatkan orang ramai, khususnya golongan muda agar sentiasa berfikir panjang dan berhati-hati dalam setiap tindakan serta perkongsian, terutamanya di ruang awam dan media sosial.

“Elakkan daripada terlibat dalam sebarang perbuatan yang boleh menggugat keharmonian, kestabilan dan perpaduan masyarakat.

“Marilah kita bersama-sama memelihara semangat saling menghormati, memahami perbezaan serta menjunjung nilai kesopanan dan toleransi demi kesejahteraan negeri Pahang dan negara tercinta,” katanya. – PAHANGMEDIA

qrcode

Majlis Daerah Rompin,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.

Talian Am : +609 414 6677 / +609 414 6688

Talian Faks : +609 414 6077

Emel : mdrompin@mdrompin.gov.my

Waktu Operasi : 8.30 pagi - 5.30 petang

Kemaskini Terkini :

  •  Khamis 26 Februari 2026 

Jumlah Pelawat :

001387134

Penafian : Majlis Daerah Rompin (MDR) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Majlis Daerah Rompin

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi