1,977 calon UPKK 2025 peroleh 9A di Pahang

KUANTAN, 25 FEBRUARI 2026 : Seramai 1,977 calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Negeri Pahang 2025 telah berjaya memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan berkenaan.

Menurut satu kenyataan media oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), daerah Kuantan merupakan daerah terbaik di negeri ini bagi tahun 2025.

“Seramai 1,977 orang calon berjaya memperoleh agregat 9A, sekali gus mencerminkan pencapaian yang amat membanggakan bagi Negeri Pahang Darul Makmur.

“Bagi kategori Daerah Terbaik UPKK Negeri Pahang Tahun 2025, kedudukan adalah seperti berikut, pertama, Bandaraya Kuantan; kedua, Raub; dan ketiga, Maran.

“Pelajar Terbaik UPKK Negeri Pahang Tahun 2025 telah disandang oleh Safiyyah binti Khairul Anwar dari daerah Kuantan Barat dengan memperolehi 99.00 peratus,” ujar kenyataan berkenaan.

Pengumuman rasmi keputusan ujian berkenaan telah dilakukan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH. Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

Kesemua pelajar berkenaan telah diraikan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Negeri Pahang Tahun 2025 di Dewan Semantan, Hotel Seri Malaysia, Temerloh.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Haji Ahmad Zamri Md Isa; dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Tuan Zaidi Ismail.

YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim turut melahirkan penghargaan kepada guru, ibu bapa serta semua pihak yang komited dalam memperkasa pendidikan Islam di Negeri Pahang Darul Makmur.

Pelajar cemerlang berkenaan turut menerima hadiah dan sijil penghargaan melibatkan kategori Murid Cemerlang UPKK 2025, Murid Terbaik UPKK 2025, Sekolah Cemerlang UPKK 2025, Sekolah Terbaik UPKK 2025, Daerah Terbaik UPKK 2025, serta Pencapaian Terbaik UPKK 2025 Peringkat Daerah.

Menurut JAIP, penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan pihaknya dalam memperkukuh sistem pendidikan KAFA serta melahirkan generasi al-Quran yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pembangunan ummah di negeri ini. -PAHANGMEDIA

qrcode

Majlis Daerah Rompin,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.

Talian Am : +609 414 6677 / +609 414 6688

Talian Faks : +609 414 6077

Emel : mdrompin@mdrompin.gov.my

Waktu Operasi : 8.30 pagi - 5.30 petang

Kemaskini Terkini :

  •  Khamis 26 Februari 2026 

Jumlah Pelawat :

001387134

Penafian : Majlis Daerah Rompin (MDR) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Majlis Daerah Rompin

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi