SOLIDARITI TERHADAP SUKARELAWAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA


557527712 1366766351473866 7240900177750961397 n

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI BESAR PAHANG

SOLIDARITI TERHADAP SUKARELAWAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA

Saya merakamkan rasa dukacita dan keprihatinan yang mendalam terhadap penahanan sukarelawan Global Sumud Flotilla termasuk sukarelawan Malaysia oleh tentera rejim Israel ketika mereka dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

Sukarelawan ini membawa semangat keberanian dan keikhlasan yang tinggi demi menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang sekian lama ditindas.

Tindakan rejim Israel ini jelas merupakan satu kezaliman dan pencabulan hak asasi manusia, apatah lagi terhadap mereka yang hadir dengan niat murni untuk membantu insan yang sedang sengsara.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang, saya menyatakan solidariti penuh terhadap semua sukarelawan yang ditahan. Kerajaan Negeri juga berdoa agar mereka selamat, dilindungi daripada sebarang bahaya, serta segera dibebaskan.

Kerajaan Negeri Pahang turut bersama Kerajaan Persekutuan menuntut rejim Israel membebaskan sukarelawan Global Sumud Flotilla tanpa syarat.

Di samping itu, saya turut mengalu-alukan segala usaha dan bentuk sokongan daripada rakyat Pahang dengan menyertai Himpunan Sumud Flotilla yang akan diadakan pada 3 Oktober 2025 di perkarangan parkir Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan selepas solat Jumaat.

Sesungguhnya, rakyat Pahang sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menuntut kebebasan dan maruah, serta menyokong sebarang usaha kemanusiaan demi keamanan yang berkekalan di bumi Palestin.

YAB DATO’ SRI DIRAJA HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

Rompin District Council,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.

General Line : +609 414 6677 / +609 414 6688

Fax Line : +609 414 6077

Email : mdrompin@mdrompin.gov.my

Operation Time : 8.30 am - 5.30 pm

Latest Update :

  •  Wednesday 08 October 2025 

Total Visitors :

001377057

Disclaimer : The Rompin District Council (MDR) is not responsible for any loss or damage suffered as a result of using the information on this site.
Best View : Using the latest version of Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari or similar with a resolution of 1366 x 768 and above.