Situasi Semasa Kes & Wabak Denggi di Negeri Pahang Sehingga 27.9.2025 Sepanjang tempoh 21 September 2025 sehingga 27 September 2025, sebanyak 13 kes demam denggi tercatat di negeri Pahang. Terdapat peningkatan 8 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 5 kes. Dalam tempoh ini juga,tiada berlaku wabak aktif di Negeri Pahang.
Jumlah terkumpul kes denggi di seluruh negeri Pahang = 706 kes.
Jumlah kes kematian terkumpul tahun 2025 = 1 kematian.
Usah leka. Setiap individu perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan denggi di kediaman masing-masing dengan cara: Cari dan musnahkan tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah setiap minggu. Hanya 10 minit diperlukan.
Lakukan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk Aedes dewasa terutama pada waktu puncak (awal pagi dan lewat petang).
Sekiranya demam, segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran. Tindakan ini dapat menyelamatkan nyawa anda.
Darah kita bukan untuk Aedes
10 minit Cari & Musnah
#CegahLebihBaik