NOT IS PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN 2026

NOTIS PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN 2026

PEMBERITAHUAN: PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN BAGI TAHUN 2026
Makluman kepada semua pemilik premis dan peniaga di bawah seliaan Majlis Daerah Rompin (MDR). Urusan pembaharuan Lesen Perniagaan bagi tahun 2026 kini dibuka. Pihak Majlis menyeru semua peniaga untuk membuat pembaharuan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Tempoh Pembaharuan
* Tarikh: 1 Januari hingga 28 Februari 2026.
* Peringatan: Bayar awal bagi mengelakkan Denda Lewat sebanyak 20%.
Dokumen Yang Diperlukan
Sila pastikan anda membawa dokumen-dokumen berikut semasa berurusan di kaunter:
* Lesen Perniagaan asal tahun 2025.
* Salinan bil Cukai Taksiran Am terkini.
* Salinan bil Cukai Tanah terkini.
Syarat Penting Pembaharuan
Sebelum membuat pembaharuan, pastikan pemohon tiada tunggakan bagi perkara-perkara berikut:
* Tunggakan Kompaun.
* Tunggakan Cukai Taksiran Am.
* Tunggakan Sewa Gerai Majlis.
* Tunggakan Cukai Tanah.
* Tunggakan Fi Kelestarian Hotel.
Pertanyaan Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di www.mdrompin.gov.my atau ikuti media sosial kami di Facebook/Instagram: Majlis Daerah Rompin.
#KeselesaanBersama #MajlisDaerahRompin #MDR #Pahang

Rompin District Council,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.

General Line : +609 414 6677 / +609 414 6688

Fax Line : +609 414 6077

Email : mdrompin@mdrompin.gov.my

Operation Time : 8.30 am - 5.30 pm

Latest Update :

  •  Friday 19 December 2025 

Total Visitors :

001382736

Disclaimer : The Rompin District Council (MDR) is not responsible for any loss or damage suffered as a result of using the information on this site.
Best View : Using the latest version of Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari or similar with a resolution of 1366 x 768 and above.