Majlis Daerah Rompin (MDRompin) meraih dua lagi pengiktirafan membanggakan bagi tahun 2026

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS!

MAJLIS DAERAH ROMPIN (MDROMPIN)

Majlis Daerah Rompin (MDRompin) meraih dua lagi pengiktirafan membanggakan bagi tahun 2026:

🏆 Anugerah Bandar Paling Mampan Tahun 2026

🏆 Anugerah Penarafan Bandar Pintar Malaysia 2026 – Smart City Early Adopter (Tahap 1)

Pengiktirafan ini telah diterima oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin, Tuan Muhammad Hatta Kassim yang mewakili MDRompin dalam majlis penyampaian anugerah sempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) 2026 bertemakan “BANDAR KITA, MASA DEPAN KITA”. Turut hadir sama Setiausaha Majlis, Puan Nor Zilawati Binti Mohd Khan bagi bersama-sama meraikan penghargaan kepada pihak Majlis Daerah Rompin.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAB Datuk Hajah Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, pada 4 November 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Sivik, Petaling Jaya, Selangor.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan mencerminkan komitmen serta usaha berterusan MDRompin dalam memperkasa pembangunan bandar yang pintar, mampan, inklusif dan berdaya huni.

Pengiktirafan ini turut menjadi pemangkin kepada usaha MDRompin untuk memperkukuh transformasi digital, menerapkan inovasi dalam tadbir urus bandar, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta mengoptimumkan pengurusan sumber demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang, PLANMalaysia Pahang, Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia, Agensi-agensi kerajaan serta seluruh warga Daerah Rompin atas sokongan, komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan agenda pembangunan bandar pintar dan mampan ini.

Marilah kita bersama-sama merealisasikan aspirasi “Rompin Bandar Pintar, Lestari dan Sejahtera Menjelang 2030” ke arah sebuah daerah yang berdaya saing, inklusif, berteraskan teknologi, berdaya tahan serta mengutamakan kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar.

Rompin Melangkah Ke Hadapan, Bersama Membina Masa Depan!

#MajlisDaerahRompin #MDRompin #BandarPintarRompin #BandarMampan #HPBS2026 #KeselesaanBersama

Rompin District Council,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.

General Line : +609 414 6677 / +609 414 6688

Fax Line : +609 414 6077

Email : mdrompin@mdrompin.gov.my

Operation Time : 8.30 am - 5.30 pm

Latest Update :

  •  Friday 06 November 2026 

Total Visitors :

001459614

Disclaimer : The Rompin District Council (MDR) is not responsible for any loss or damage suffered as a result of using the information on this site.
Best View : Using the latest version of Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari or similar with a resolution of 1366 x 768 and above.