KERAJAAN NEGERI PAHANG TERIMA SUMBANGAN S-GLC RM291.76 JUTA

PULAU PINANG, 27 SEPTEMBER 2025 : Kerajaan Negeri Pahang hari ini menerima seumbangan dari 10 syarikat berkaitan kerajaan negeri (S-GLC) dan Badan Berkanun secara langsung berjumlah RM229.945 juta dan secara tidak langsung berjumlah RM61.023 juta.

Sumbangan berkenaan terus menunjukkan peningkatan apabila berjaya mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM291.76 juta pada tahun ini, meningkat sebanyak RM27.97 juta berbanding tahun lalu.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, komitmen Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan setiap sumbangan yang diterima itu akan dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.

“Yang mana komitmen Kerajaan Negeri Pahang iaitu untuk memastikan supaya setiap sumbangan daripada anak-anak syarikat ini kita akan kembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.

 tok wan

“Bantuan pelajar, bantuan kepada jemaah, bantuan kepada masjid, yang menunaikan haji, pelajar-pelajar, siswa-siswi yang melanjutkan pelajaran. Kita akan cuba pastikan supaya tidak ada rakyat Pahang yang tercicir dan ini adalah selaras dengan semangat Pahang 1st,” katanya ditemui selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan S-GLC Pahang 2025 yang berlangsung di Bertam Resort & Water Park, Pulau Pinang hari ini.

Persidangan terbabit turut dihadiri YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Indera Haji Fadzilla Haji Salleh; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta ketua-ketua jabatan.

Pada majlis itu, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy turut mengumumkan bahawa Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) akan menjadi tuan rumah bagi persidangan tahun hadapan selepas Yayasan Pahang mengambil giliran pada tahun ini.

Menurut beliau, persidangan ini perlu sentiasa ditambah baik dengan idea-idea baharu dan inovatif agar terus relevan sebagai medan perbincangan hala tuju organisasi negeri.

“Mesti ada pembaharuan yang lebih baik dan ini jelas menunjukkan bahawa inovatif kita, inovatif dan jangan kering dengan idea-idea untuk membuat penambahbaikan.

“Dan saya sangat yakin bahawa PSK akan membuat banyak perubahan yang lebih baik supaya persidangan S-GLC ini menjadi satu persidangan yang kita rasakan persidangan untuk kita semua.

“Dan kita rasakan ini sangat penting dan ianya adalah satu medan atau platform untuk kita membincangkan hala tuju organisasi kita untuk kita terus ‘survive’ di masa-masa yang akan datang,” ujarnya.

Tambah beliau, sebanyak 11 sesi perbincangan telah diadakan dalam persidangan kali ini yang kesemuanya menunjukkan keyakinan serta berpotensi meningkatkan lagi prestasi S-GLC negeri.

“Saya berpesan kepada mereka supaya jangan berada di zon yang selesa kerana keadaan dunia semakin complicated (mencabar), banyak cabaran dan dugaan yang harus kita hadapi. Oleh itu mereka kena sentiasa siap siaga, sentiasa menanam benih-benih positif supaya dapat meningkatkan lagi prestasi S-GLC,” katanya lagi. -PAHANGMEDIA

Rompin District Council,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.

General Line : +609 414 6677 / +609 414 6688

Fax Line : +609 414 6077

Email : mdrompin@mdrompin.gov.my

Operation Time : 8.30 am - 5.30 pm

Latest Update :

  •  Monday 06 October 2025 

Total Visitors :

001377037

Disclaimer : The Rompin District Council (MDR) is not responsible for any loss or damage suffered as a result of using the information on this site.
Best View : Using the latest version of Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari or similar with a resolution of 1366 x 768 and above.