MENU

 

DATO' SYED AHMAD FUAD BIN SYED TAHA, DIMP., SMP.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelawat laman web yang dihormati.

Syukur alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Portal ini telah di beri penarafan 5 bintang oleh pihak MDEC(Perbadanan Pembangunan Multimedia) selama 4 tahun bermula 2010 hingga sekarang. Bagi saya ia merupakan rahmat yang tidak terhingga kepada kami setelah berusaha sekian lama mewujudkan laman portal Majlis Daerah Rompin. Melalui laman portal ini, diharapkan pihak luar boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan mudah. Di samping itu, pelawat juga dialu-alukan untuk memberi sebarang komen, pendapat serta cadangan yang boleh memberi faedah bersama. Semoga kemudahan ini dapat menjadi mekanisma penghubung di antara pihak pengurusan dan pihak luar dalam menyampaikan dan menerima maklumat.

DATO' HAJI FADZILLA BIN HAJI SALLEH, DIMP., SMP., AAP

Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin

Links