Perkhidmatan Utama
Aktiviti Utama
Aktiviti utama Majlis Daerah Rompin adalah melaksanakan perkhidmatan seperti berikut:-
a) Teknikal
Merancang dan melaksana projek-projek pembangunan dan penyenggaraan serta mengeluarkan kelulusan pelan pembangunan, CFO dan pelan penyambungan / ubahsuai.
b) Perundangan
Melaksanakan tindakan-tindakan penguatkuasaan Undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Enakmen Hiburan 1993, Enakmen Kerbau Lembu 2001, Undang-undang Kecil yang telah diwartakan dan apa-apa Enakmen / Undang-undang yang dirasakan perlu dikuatkuasakan.
c) Penilaian
Melaksanakan kerja-kerja ukursiasat ke atas semua pegangan termasuk harta-harta kerajaan dalam kawasan operasi Majlis Daerah Rompin bagi maksud menyediakan satu senarai nilaian lengkap yang bertujuan melaksanakan kutipan Cukai Taksiran Am.
d) Perlesenan
Mengeluarkan lesen premis bagi premis bukan makanan, makanan, penjaja, hiburan dan lesen iklan serta mengeluarkan permit bagi permit sementara, jualan bermusim, kakilima dan sepanduk dan mengeluarkan kad pengendali makanan ke atas setiap pengendali makanan serta melaksanakan pemantauan ke atas kerja-kerja Alam Flora Sdn Bhd dan Teras Dara Konsortium melalui Aktiviti Kawal Selia.
e) Perancang Bandar dan Desa
Mengawal kelulusan pembangunan tanah dengan menguatkuasakan garis panduan perancangan serta melibatkan proses permohonan pelan susunatur dan permohonan tukar syarat tanah.
f) Pengurusan Sistem Maklumat
Mengawal, memastikan dan menyelenggara segala peralatan perkomputeran, sistem dan data-data kakitangan serta pelanggan supaya berada di dalam keadaan yang terkawal dan terpelihara.