Aktiviti Penguatkuasaan
Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan Majlis Daerah Rompin ditubuhkan bagi melaksanakan kerja-kerja bantuan kepada bahagian penjaja kecil, bahagian perlesenan, Majlis Daerah Rompin. Selain melaksanakan tindakan saman (perobohan dan rampasan) untuk berbagai bahagian dalam Majlis, Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan ditugaskan juga untuk melaksanakan Akta / Undang-undang Kecil.
Perkhidmatan Aduan
Unit Perhubungan Awam & Korporat mengendalikan perkhidmatan aduan orang ramai setiap hari. Jenis-jenis aduan yang sering diterima adalah:-
-
Halangan di kaki lima/siarkaki awam
-
Halangan di tempat letak kereta
-
Halangan binatang peliharaan (lembu,kerbau) yang berkeliaran
-
Kekotoran di tempat awam
-
Perbuatan yang dilarang di taman
-
Pembakaran terbuka
-
Pembinaan haram
-
Penjaja/peniaga haram
Tindakan
Semua aduan dan siasatan akan direkodkan dan langkah-langkah berikut diambil:-
- Siasatan
- Nasihat/amaran (Lisan/Bertulis)
- Pengeluaran Pemberitahuan Tentang Kesalahan /Notis untuk mengambil tindakan
- Pemindahan barang/perobohan
- Penebusan barang rampasan
- Pelupusan barang rampasan
- Tindakan susulan jika perlu