MENU

06 Jan – Berikutan banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur termasuk Negeri Pahang, Majlis Daerah Rompin telah menubuhkan satu skuad khas yang diberi nama “Skuad Cuci Majlis Daerah Rompin” dengan misi memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga bagi membantu penduduk yang terlibat dengan banjir. Pada jam 10 pagi, satu upacara pelepasan ringkas telah dibuat dihadapan bangunan Majlis Daerah Rompin oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin iaitu YH. Dato’ Syed Ahmad  Fuad bin Syed Taha diiringi oleh Encik Halimi bin Idris, Setiausaha Majlis Daerah Rompin.

Berikut adalah laporan ringkas aktiviti “Skuad Cuci Majlis Daerah Rompin” :

6 Jan 2015 – Bergerak ke Daerah Temerloh (Daerah yang dipilih untuk bantuan)

7 Jan 2015 – Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan cuci Bangunan Sekolah Agama AtTaqwa Temerloh. Turut membantu adalah penjaga murid dan guru-guru disekolah tersebut.

Selesai  dilokasi pertama, lokasi kedua bagi kerja-kerja pembersihan dan cuci adalah dirumah kakak En. Hamizi yang juga merupakan salah seorang kakitangan Majlis Daerah Rompin dan kerja-kerja selesai pada jam 6 petang.

8 Jan 2015 – Bergerak ke lokasi ketiga iaitu Pusat Pengajian Al Mukmin Temerloh.  Seperti semalam, Kerja-kerja pembersihan dan cuci bangunan dilakukan dan kali ini melibatkan lebih ramai sukarelawan yang terdiri daripada Telekom Malaysia, TNB, Sekolah Agama dari Melaka,guru-guru serta penjaga murid sekolah tersebut.

Kerja-kerja pembersihan dan cuci selesai pada jam 1 tengahari . Skuad Cuci berkemas dan pulang ke Kuala Rompin.

Skuad ini terdiri dari 22 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan majlis dan diketuai oleh Encik Kamarulzaman bin Tugiman, Ketua unit OSC.

Pautan Laman