Adalah dimaklumkan, satu pertandingan Anugerah Pertandingan Taman Perumahan Bersih telah pun bermula dari 01 November 2014 dan berakhir pada bulan Mei 2015. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada taman perumahan yang terbersih untuk menjadi role model dan diteladani oleh taman perumahan lain selari dengan teras pertama PPSPPA 2014-2020 iaitu transformasi minda masyarakat supaya bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.
Sila ke laman web PPSPPA di http://www.ppsppa.gov.my untuk maklumat lanjut.