PERISYTIHARAN JUALAN
KENDERAAN BERMOTOR SECARA LELONGAN AWAM
PADA 1HB. NOVEMBER, 2017 (HARI RABU), MASA 11.00 PAGI
DI STOR MAJLIS DAERAH ROMPIN, PEJABAT MAJLIS DAERAH ROMPIN, 26800 KUALA ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR
TARIKH MELIHAT KENDERAAN PADA 23/10/2017 SEHINGGA 31/10/2017, WAKTU 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
LOT |
JENAMA / MODEL KENDERAAN |
NOMBOR PENDAFTARAN |
TAHUN / KUASA (CC) |
HARGA REZAB (RM) |
STOR/TEMPAT SIMPANAN |
CATATAN |
1 |
Landini Tractor |
WKY 7327 |
2003 / 3990 |
11,000.00 |
Majlis Daerah Rompin |
Sistem rantai putus |
2 |
Tata Telcoline 207 |
WLQ 2674 |
2004 /1948 |
2,400.00 |
Majlis Daerah Rompin |
Enjin bocor, bahagian tepi belakang kanan reput |
3 |
Isuzu Lori Tipper |
WKH 3619 |
2002 / 8226 |
5,000.00 |
Majlis Daerah Rompin |
Sistem hidraulik rosak, cat dan badan kenderaan dalam keadaan lusuh |
TERMA DAN SYARAT-SYARAT KHAS JUALAN SECARA LELONGAN AWAM
DEPOSIT SEBANYAK RM 1,000.00 MESTI DIBAYAR DALAM BENTUK TUNAI/BANK DERAF SEBELUM LELONGAN DIJALANKAN.
DEPOSIT SEBANYAK RM 5,000.00 HANYA UNTUK KENDERAAN LANDINI TRACTOR . PEMBIDA YANG BERJAYA AKAN DIKENAKAN TAMBAHAN BAYARAN SEBANYAK RM 2,000.00 UNTUK PERALATAN BEACH CLEAN.
BAKI PEMBAYARAN HENDAKLAH DIBUAT MELALUI TUNAI/BANK DERAF SEBELUM PENGAMBILAN BARANGAN OLEH PEMBELI DALAM TEMPOH MASA 14 HARI.
Menjelang proses lelongan, pembeli akan diberi maklumat berhubung kerosakan ke atas kenderaan yang ditawarkan untuk lelongan. Ini akan dilakukan jika kerosakan tersebut telah dikenalpasti tetapi ini tidak bermakna tiada kerosakan lain yang perlu diperbaiki. Walaubagaimanapun, kenderaan yang ditawarkan adalah di dalam keadaan “seadanya” (as is where is basis) dan di bawah tanggungan pembeli seperti dinyatakan dalam perenggan 7 terma dan syarat-syarat jualan melalui lelongan.
Tahun yang tertera di dalam perisytiharan jualan adalah samada tahun kenderaan dibuat atau tahun kenderaan didaftarkan.
Pembida bertanggungjawab untuk melihat dan memeriksa kenderaan yang ditawarkan untuk lelongan. Sila pastikan model dan keadaan kenderaan sebelum lelongan. Pihak pelelong tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan model kenderaan yang tertera di dalam perisytiharan jualan.
Pembida dinasihatkan membuat sendiri semakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum lelongan bagi kenderaan yang ingin dibida. Pihak pelelong tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang saman yang mungkin dikenakan ke atas kenderaan lelongan.
MAJLIS DAERAH ROMPIN
PEJABAT MAJLIS DAERAH ROMPIN,
26800 KUALA ROMPIN,
PAHANG DARUL MAKMUR
TEL: 09-4146677 / 6688 / 6502 / 6507
FAX: 09-414 6077