PERINGATAN MESRA KEPADA PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN
Pengibaran Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-61 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, DKP., DKM., DK., DMN., SSAP., SIMP., DK (Terengganu)., DK (Johor)., SPMJ., DKMB (Brunei)., DK (Kedah)., DK (Perlis)., DK (Perak) dan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 tahun 2020.
Bendera Malaysia dan Negeri Pahang yang dipasang hendaklah dalam keadaan yang baik dan elok. Mana-mana bendera yang telah koyak, bergulung atau telah bertukar warna tidak boleh dikibarkan dan kedua-dua bendera wajib dikibarkan mulai 27 Julai 2020 hingga 16 September 2020.
Ayuh sama-sama kita menefestasikan semangat patriotisme dan rasa cintakan Tanah Air