Kepada Pelanggan-pelanggan Majlis Daerah Rompin,
Dimaklumkan bahawa kami sedang menghadapi gangguan talian telefon. Segala panggilan masuk atau keluar mungkin akan menghadapi gangguan seperti berikut :
1) Tidak dapat dihubungi
2) Talian sibuk
3) Ada nada dering tetapi tidak ada telefonis kami menjawab panggilan.
4) Bising
Pihak kami telah menghubungi Telekom Malaysia Berhad berkaitan masalah ini dan sedang dalam tindakan pihak tersebut. Pelanggan pelanggan akan dimaklumkan semula apabila gangguan telefon ini pulih sepenuhnya kelak.
Segala kesulitan amat dikesali.
MAJLIS DAERAH ROMPIN