Tuan/Puan,
JEMPUTAN SEBAGAI ‘EVENT MANAGEMENT' BAGI PELAKSANAAN PROGRAM GERAI JUALAN SEMPENA PESTA ROMPIN 2015
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa pihak Majlis Daerah Rompin akan menganjurkan Program Pesta Rompin 2015 yang dijangka berlansung pada 11 hingga 20 September 2015. Sekiranya tuan berminat ,sila kemukakan permohonan yang lengkap kepada pihak Jawatankuasa Kecil Gerai Jualan sebelum atau pada 27 Julai 2015 (Isnin) ke alamat seperti berikut :-
Pengerusi
Jawatankuasa Kecil Gerai Jualan Pesta Rompin 2015
d/a Majlis Daerah Rompin
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
3. Dimaklumkan juga pihak Majlis telah bersetuju untuk aktiviti ‘Fun Fair' dijalankan sepanjang Pesta Rompin 2015. Bagaimanapun sebarang aktiviti berunsur perjudian adalah TIDAK DIBENARKAN.
4. Pihak Majlis amat mengalu-alukan dan mempelawa pihak tuan untuk menyertai jemputan ini dalam usaha memastikan program tersebut berjalan lancar dan seperti yang diharapkan.
5. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi Pn. Hadibah binti Abd. Ghani dan Pn. Norazreen binti Abu Bakar di talian 09-4146677/88.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.