Terima Kasih kepada seluruh Warga Rompin
Kepada Ybhg Dato', Tuan, Puan dan seluruh Warga Rompin,
Terlebih dahulu, pihak Majlis Daerah Rompin mengucapkan ribuan terima kasih diatas keprihatinan semua pemilik harta yang telah melunaskan bayaran Cukai Taksiran bagi penggal ke-2 sebelum tempoh berakhir pada 31 Ogos 2015.
Kepada yang belum menunaikan tanggungjawab tersebut, mungkin kerana terlupa atau sibuk dengan tugas-tugas lain, sudilah pihak kami sekadar mengingatkan bahawa tarikh akhir bayaran untuk Cukai Pintu penggal-2 adalah pada 31 Ogos 2015. Tiada denda lewat akan dikenakan jika bayaran dibuat sebelum tarikh akhir.
Jika bil Cukai Taksiran masih tidak diterima atau terdapat sebarang pertanyaan, pihak Ybhg, Dato', Tuan, Puan bolehlah menghubungi pegawai kami seperti berikut :
En. Mohd Yusli No. Telefon : 09-4146688/77 ext. 105
En. Khairil Azwan No. Telefon : 09-4146688/77 ext. 104
Sekian dimaklumkan.