Perlawanan Persahabatan Majlis Daerah Rompin Vs Majlis Daerah Bera
MDRompin telah dijemput hadir bagi menyertai perlawanan persahabatan acara sukan oleh MDBera baru-baru ini.Acara sukan yang terlibat adalah acara Woodball,Petanqe,Carom dan Dart.Seramai 30 kakitangan MDRompin telah menyertai perlawanan tersebut termasuk Yang Dipertua Majlis En Zulkifli Bin Hashim.
Acara sukan bermula pada jam 3.00 ptg dan berakhir 6.30 ptg.Bagi sesi sebelah malam MDBera telah menganjurkan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan majlis jamuan makan bagi meraikan kedatangan kakitangan MDRompin.
Bagi program tersebut,MDBera telah mengatasi MDRompin dengan kedudukan 3-1.MDRompin hanya mengungguli acara Woodball sementara acara lain telah dimenangi oleh pasukan tuan rumah.Program perlawanan persahabatan ini bertujuan persiapan semua PBT di negeri Pahang sempena Sukan PBT yang akan berlasung pada tahun hadapan di Bentong.Selain itu,program ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan diantara kedua-dua pihak PBT di negeri Pahang ini.