MENU

24 Nov – Bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah, satu Majlis penyampaian "Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks  Akauntabiliti  Tahun 2013" telah diadakan. Majlis ini adalah sempena "Program Hari Audit satu Malaysia & Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2014" yang bermula pada 24 November dan berlangsung selama dua hari. Ianya telah dirasmikan oleh YAB.Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir.

Program ini telah dihadiri oleh YB Dato'  YDP Majlis Daerah Rompin bersama dua orang pegawainya iaitu En.  Azman bin Ismail, Ketua Jabatan Perbendaharaan dan Puan Rahmah binti Mohd Zain dari Jabatan Khidmat Pengurusan.

Majlis Daerah Rompin telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2013 dengan mendapat 4 bintang pengiktirafan. Anugerah diterima oleh Dato' Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin iaitu YB Dato' Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha.

Tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Rompin diatas pengiktirafan yang diberikan.

Pautan Laman