ROMPIN, 18 JANUARI 2022: YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melancarkan Kad Kesihatan Warga Emas Negeri Pahang atau dikenali sebagai Pahang Pride Kasih di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin hari ini.
Turut hadir, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain serta barisan Exco Kerajaan Pahang. - PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#WanforAll
#AllforWan