Majlis Perasmian "One Stop Centre" Inisiatif Bersepadu pada 11 November 2020 yang dirasmikan oleh Tuan Ahmad Nasim bin Dato' Haji Mohd Sidek selaku Pegawai Daerah Rompin di Bandar Tun Razak.
Perancangan yang dirintis oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Rompin adalah bertujuan bagi memudahkan urusan pentadbiran mana-mana jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam memberikan pelbagai perkhidmatan untuk masyarakat di kawasan Bandar Tun Razak.