MENU

LANGKAH-LANGKAH KAWALAN DI NEGERI PAHANG SUSULAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

  • Kerajaan Negeri Pahang mengucapkan selamat datang kepada pengunjung luar dan selamat pulang kepada anak-anak Pahang yang balik ke kampung.
  • Bagi memastikan Negeri Pahang dalam keadaan terkawal, orang ramai dinasihatkan sentiasa mengamalkan norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sediaada.
  • Orang ramai yang balik dari kawasan PKPB ini dinasihatkan untuk menghadkan pergerakan dan mengurangkan pergaulan dengan individu yang berisiko tinggi seperti orang tua, ibu mengandung dan kanak-kanak. Mereka juga hendaklah sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan tidak bersalam dengan individu lain.
  • Mereka juga dinasihatkan untuk tidak pergi ke tempat-tempat tumpuan ramai seperti majlis kenduri, tempat ibadat, pusat membeli belah, kedai makan, pusat rekreasi dan sebagainya bagi mengelakkan berlaku penularan virus COVID-19. Ini adalah kerana terdapat banyak kes COVID-19 yang tidak mempunyai gejala.
  • Individu dari kawasan PKPB ini juga amat digalakkan untuk menjalani ujian makmal bagi mengesan COVID-19 dimana-mana fasiliti kesihatan swasta atau fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mereka mengetahui status jangkitan COVID-19 dan tidak menularkan virus tersebut kepada individu yang rapat.
  • Bagi individu yangtempat kerja mereka ditutup kerana terdapatnya kes positif COVID-19, mereka perlu melaporkan kepada pejabat kesihatan daerah yang terdekat bagi menjalani penilaian risiko dan saringan kesihatan serta perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.
  • Jika mereka mempunyai sebarang gejala jangkitan salur pernafasan, mereka dinasihatkan pergi ke fasiliti kesihatan KKM atau fasiliti kesihatan swasta yang terdekat untuk menjalani saringan kesihatan.
  • Semua acara perkumpulan atau aktiviti yang melebihi 100 orang adalah tidak dibenarkan di lokaliti yang mempunyai kes positif.
  • Mari kita sama-sama mengamalkan norma baharu dan mematuhi SOP supaya Negeri Pahang bebas dari jangkitan COVID-19 dan menjadi tempat yang selamat untuk rakyat menjalani kehidupan seharian.
  • Jangan jadikan diri kita sebagai penyebab kepada penularan virus COVID-19 dalam komuniti kita.

 

    Sekian, terima kasih.

   DATO’ SRI DR. SALLEHUDDIN BIN ISHAKYB

   Setiausaha KerajaanPahang

  14 Oktober2020

 

 

 

Links