Seandainya anda mendapati ada rakan jiran tetangga dijangkiti COVID-19 di kawasan tempat tinggal kita atau tempat kerja kita, diangkut ke tempat kuarantin/pusat isolasi di dalam ambulans,
Janganlah ambil sebarang video atau gambar dan jangan galakkan sesiapa untuk memgambil sebarang gambar atau video. Jangan malukan orang tersebut
Sebaliknya berdiri di tepi balkoni, kaki lima, tingkap atau pagar dari jauh dan berilah isyarat seperti thumbs up/ be strong, lambaikan tangan dan ucapkan semoga cepat sembuh dan jaga diri.
Mohon fahami apa yang mereka ini terpaksa lalui dan,
1. Hormati mereka
2. Doakan mereka
3. Biar mereka merasai kebaikkan hati anda
4. Elak sebar panik dan "rasa takut di malukan" di antara kita semua.
Mereka bukan penjenayah, mereka hanya pesakit. Mereka akan sembuh tapi memori dan ingatan bagaimana layanan rakan rakan akan kekal selamanya!!
KITA bersama dalam perjuangan yang sama. Jom sebarkan KEBAIKAN
Sumber ; Public Health Malaysia