MENU

PASAR TANI BANDAR ROMPIN PAHANG

Petang ini lebih istimewa jika datang berkunjung ke Pasar Tani Bandar Rompin. ini kerana FAMA Negeri Pahang dengan kerjasama FAMA Daerah Rompin mengadakan Kempen Promosi Lebihkan Makan ulam-ulaman tempatan terdiri dari pelbagai aneka ulam-ulaman.

Untuk makluman, Pasar Tani Bandar Rompin ni beroperasi setiap hari Selasa, bermula jam 3.00 petang - 10.00 malam.

Selain itu hari ini promosi ujirasa Jus Timun anak dara berendam turut diadakan dan mendapat sambutan hangat dari para pengunjung.

Menariknya lagi, Demostrasi masakan Asam Pedas Ikan Bersulam Roselle dan juga Pucuk Roselle Masak Lemak turut dipamerkan kesinambungan dari daerah Rompin adalah salah satu daerah pengeluaran Roselle yang bermutu tinggi.

Apa kata, bermula hari ini kita makan ulam-ulaman, minum berasaskan sayur buah. Kekal sihat makan dari sumber makanan yang berkhasiat.

#mafi
#lebihkanmakanulamtempatan
#famadihatirakyat

 

 

 


 

 

 

 

Links