MENU

Kerajaan Negeri Pahang amat prihatin dengan situasi yang berlaku kini akibat daripada penularan wabak Covid-19 khususnya di negeri Pahang Darul Makmur.

Dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang kita hadapi sekarang, saya percaya ramai dikalangan rakyat yang terjejas sumber pendapatan dan menerima kesan langsung mahupun tidak langsung.

Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, Kerajaan Negeri Pahang akan terus berusaha untuk membantu mereka yang terjejas sumber pendapatan melalui inisiatif-inisiatif berikut sebagai tambahan kepada apa yang telah diumumkan pada minggu lepas. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan ini adalah daripada sumber peruntukan Kerajaan Negeri.

Insya Allah, sebagai Kerajaan Negeri yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat, akan ada lagi inisiatif yang akan kita salurkan samada melalui peruntukan Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

https://www.facebook.com/wanrosdyOfficial/posts/2568809983335080

#DokDumohBlake #PahangStayAtHome #MajuTerusPahang #Pahang1st #PahangGo

 

Links