MENU

31 Dis –YH. Dato’ Syed Ahmad  Fuad bin Syed Taha, YDP Majlis Daerah Rompin telah membuat lawatan dan menyampaikan bantuan sewa rumah kepada peserta yang terpilih dibawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PKKB).

 

Lawatan pada jam 4.30 petang itu bermula dirumah peserta pertama iaitu Pn. Rohaya binti Harun dan seterusnya ke rumah peserta kedua iaitu Pn. Neveso binti Mohamad. Jumlah yang disampaikan kepada peserta adalah sebanyak Rm 2976.

YH. Dato’ YDP ditemani oleh Ketua Jabatan Perbendaharaan dan Ketua Jabatan Khidmat Kesihatan dan Penguatkuasaan.

Links