MENU

PERJUMPAAN YDP BERSAMA KETUA JABATAN DAN KAKITANGAN MDR

14 Jan  – Satu perjumpaan diantara Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin iaitu YH. Dato' Hj. Fadzilla bin Hj. Salleh dengan pegawai dan kakitangan telah diadakan  bertempat di Ruang Legar Pejabat Majlis Daerah Rompin. Pertemuan ini adalah merupakan yang pertama bagi YH. Dato' YDP setelah beliau berpindah dari Daerah Maran ke Daerah Rompin. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Setiausaha Majlis Daerah Rompin iaitu En. Halimi bin Idris dan seterusnya menjemput YH. Dato' YDP yang baru untuk memberikan ucapan. Dalam ucapan beliau, YH. Dato' YDP telah menyampaikan beberapa nasihat, teguran dan kata-kata semangat kepada kakitangan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. YH. Dato' juga menekankan betapa setiap kakitangan perlu ada Intergriti  dalam diri masing-masing.

Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi dan diteruskan dengan perjumpaan bersama ketua jabatan yang mana YH. Dato' YDP diberi taklimat berkaitan Aktiviti-aktiviti Majlis Daerah Rompin oleh Tuan Setiausaha dan ketua-ketua jabatan.

Perjumpaan tamat pada jam 2 petang.

KLIK untuk gambar berkaitan

Links