Terima Kasih kepada seluruh Warga Rompin
Kepada Ybhg Dato', Tuan, Puan dan seluruh Warga Rompin,
Pihak Majlis Daerah Rompin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana telah melunaskan bayaran Cukai Taksiran dan juga membaharui Lesen Premis Perniagaan sebelum tempoh berakhir pada 28 Februari 2016 bagi mengelak dari dikenakan denda lewat.
Jika bil Cukai Taksiran masih tidak diterima atau terdapat sebarang pertanyaan, pihak Ybhg Tan Sri, Puan Sri, Dato', Datin, Tuan, Puan bolehlah menghubungi pegawai kami seperti berikut :
Cukai Taksiran
En. Mohd Yusli No. Telefon : 09-4146688/77 ext. 105
En. Mohd. Ramdhan No. Telefon : 09-4146688/77 ext. 104
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan Lesen Premis Perniagaan, pihak Ybhg Dato', Tuan, Puan bolehlah menghubungi pegawai kami seperti berikut :
Pelesenan
Pn. Norzilawati No. Telefon : 09-4146688/77 ext. 106
Pn. Sarina No. Telefon : 09-4146688/77 ext. 123